*** SELAMAT MELAYARI BLOG UNIT KOKURIKULUM***

Wednesday, January 4, 2012

Program Semarak Muzium



Seramai 25 orang pelajar daripada Kelas Kokurikulum telah menyertai Program Semarak Muzium pada 30-31 Disember 2011. Program ini dianjurkan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan selama 2 hari 1 malam yang meliputi Muzium Chimney, Muzium Marin dan Muzium Labuan.



Tujuan program ini untuk memperkenalkan ketiga-tiga muzium yang terdapat di Labuan kepada pelajar-pelajar dan juga tugas-tugas yang dilakukan oleh Jabatan Muzium. Pendaftaran pelajar bermula jam 2.30 petang Jumaat di Muzium Chimney dan diteruskan dengan sesi suaikenal antara pelajar dengan urusetia-urusetia daripada Jabatan Muzium.

Seterusnya jam 5.00 petang semua pelajar bertolak ke Muzium Marin untuk mengikuti pelbagai aktiviti seperti taklimat, LDK, pembentangan mengikut kumpulan, berjalan berpandu di Muzium juga dan tayangan video.

Pada keesokan hari, aktiviti senamrobik bermula selepas solat subuh dan pelajar bertolak ke Muzium Labuan untuk aktiviti seterusnya. Di sana, pelajar-pelajar diberi latihan praktikal cara-cara memulihara artifak-artifak sejarah. Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan, Cik Sitti Rabia bt Abd Rahman menyempurnakan majlis penutupan Program Semarak Muzium dan pihak KML mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menjemput ke program tersebut.

No comments:

Post a Comment