*** SELAMAT MELAYARI BLOG UNIT KOKURIKULUM***

Saturday, December 17, 2011

AKTIVITI JEJAK SEJARAH MUZIUM CHIMNEY

Pada 17 Disember 2011, Program Jejak Sejarah yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan bertempat di Muzium Chimney. Seramai 30 orang peserta (CP1T1 dan CP2T10) dari Kolej Matrikulasi Labuan telah mengikuti program ini yang di iringi oleh pensyarah kokurikulum iaitu Encik Mohd Yusof Abdul Rani. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang tinggalan sejarah oleh British dan Jepun yang pernah menduduki Wilayah Persekutuan Labuan sebelum mencapai kemerdekaan.

Para peserta diminta untuk mendaftar setibanya di Muzium Chimney bagi mendapatkan kad penyertaan Program. Selepas itu peserta dijemput untuk bersarapan bagi memastikan peserta mendapat tenaga sebelum melaksanakan aktiviti. Sedikit penerangan tentang program telah disampaikan oleh Puan Alice (Ketua Unit  Muzium Chimney) sebagai wakil daripada Jabatan Muzium dan diikuti dengan senamrobik yang diketuai oleh saudara Louvis Ferrer Jefree.

Puan Alice menerangkan kegunaan gedung ubat dan sejarahnya

Terdapat empat lokasi bersejarah yang telah dijejaki, iaitu Gedung ubat, Pantai Manikar, Tanah perkuburan british dan terowong arang batu. Lokasi pertama yang dijejaki adalah Gedung Ubat, yang berfungsi sebagai tempat untuk meletakan senjata dan ubat-ubatan pada zaman penjajahan. 


Arang batu yang terdapat berhampiran Gerbang Laut

Seterusnya perjalanan diteruskan ke Pantai Manikar di mana terdapatnya arang batu yang menjadi kawasan perlombongan pada zaman dahulu. Program diteruskan dengan melawat kawasan perkuburan British yang berada di atas bukit sekitar Pantai, kebanyakkan kubur telah digali oleh golongan pemburu harta yang percaya bahawa ada harta yang turut dikuburkan di situ. 

 Perkuburan British di Kg Lubok Temiang


Terowong arang batu yang ditinggalkan

Lokasi terakhir yang telah dilawati adalah terowong yang berada di kampung Lubok Temiang, terowong tersebut berfungsi untuk mengangkut arang batu dari kawasan perlombongan. Terdapat tujuh terowong keseluruhanya yang berada di Wilayah Persekutuan Labuan, terowong-terowong ini dibina berasingan dan ada juga yang berhubung antara satu terowong ke terowong yang lain.

Semua peserta kembali ke Muzium Chimney setelah selesai menjejaki kawasan-kawasan bersejarah yang terdapat di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Peserta dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh pihak penganjur sebelum sesi bergambar dijalankan. Sekitar jam 10.15 pagi, para peserta bertolak untuk pulang ke Kolej Matrikulasi Labuan.

Aktiviti ini berakhir pada jam 10.30 pagi dan pihak KML mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan atas jemputan, dan layanan yang mesra daripada pihak tuan.

No comments:

Post a Comment