*** SELAMAT MELAYARI BLOG UNIT KOKURIKULUM***

Tuesday, December 6, 2011

Maklumat Am

PENGENALAN

Gerak kerja kokurikulum yang dilaksanakan dalam program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berkonsepkan riadah yang menekankan kepada penglibatan menyeluruh dan penghayatan nilai-nilai hidup, moral dan disiplin di samping berusaha untuk memperluaskan skop pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai aspek hidup selain dari yang didapati di bilik-bilik kuliah.

Gerak kerja kokurikulum juga diharap dapat membentuk pengetahuan dan pengalaman bagi perkembangan mental, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estatika serta sosial yang positif.


MATLAMAT

Membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, bersemangat patriotik, mempunyai daya tahan, mempunyai daya kepimpinan, bertanggungjawab, berdikari, peka dengan masalah persekitaran serta mengamalkan gaya hidup yang sihat di dalam kehidupan seharian sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Merangsang pengisian masa lapang pelajar dengan cara yang berfaedah, mengembirakan serta membina kesihatan dan kesejahteraan diri melalui aktiviti yang terancang.

Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola, melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum di samping membentuk disiplin, jati diri dan daya juang menerusi aktiviti yang disediakan.

Membentuk pelajar yang stabil emosinya menghayati dan mengamalkan kejelekitan kelompok dan saling hormat menghormati.

Mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan.

Mengembang jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang dapat membentuk sifat-sifat kepimpinan, jati diri, ceria dan kebolehan berinteraksi dengan orang lain.

Mengimbang kecemerlangan akademik dengan kecemerlangan diri.

MATA PELAJARAN KOKURIKULUM


1.Pelajar perlu mendaftar salah satu antara bidang kokurikulum berikut:

Sukan dan Permainan atau
Kelab dan Persatuan atau
Unit Berunifom.

2.Pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Kokurikulum dilaksanakan mengikut konsep 'Pembangunan Diri Pelajar Secara Menyeluruh'. Ini meliputi elemen kemahiran insaniah, jati diri dan gaya hidup sihat yang diintegrasikan melalui mata pelajaran tersebut. Dengan adanya elemen-elemen ini, diharapkan pelajar lepasan Program Matrikulasi akan menjadi pelajar yang berwibawa dan mantap dari segi kepimpinan, sahsiah, daya tahan dan kemahiran berkomunikasi.

3.Penilaian pelajar akan dibuat secara berterusan.

4.Gred yang diperolehi untuk Kokurikulum tidak dikira dalam PNGS dan PNGK.Walau bagaimanapun keputusan ini akan dicatatkan dalam rekod akademik pelajar.

5.Penglibatan pelajar dalam mata pelajaran Kokurikulum akan diambil kira dalam merit penilaian dan pemarkahan 10% kokurikulum ke IPTA.

No comments:

Post a Comment